Assalamualaikum..
Sape pernah dengar pepatah "Prevent is better than cure"..or dalam melayunya bermaksud "Mencegah lebih baik daripada merawat".yer..saya yakin 100% dengan maksudnya.
Lets talk about RESDUNG.Apa itu Resdung??Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.Antara punca-puncanya adalah:
- Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.Apabilaanda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.
*Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya taw.. 
Antara petua untuk mencegah resdung;
- Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
- Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
- Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
- Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
- Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.

- Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
- Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
- Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Then,Untuk masalah resdung dan alergi, pengambilan supplemen adalah sangat2 perlu... Antara supplemen t yang boleh membantu anda : Protein (Mealshake/ESP Soy Protein Isolate Powder), B Complex, Vitamin C, Alfalfa, GLA dan Vita-Lea
Kenapa Protein?
Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yg bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan.Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Mana datangnya sumber protin? Dari ikan, ayam, telur, kekacang. Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius...last2 dapat rasa sedap je...tp zatnye dah hilang.... Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri….
kenapa B Complex??
Stress juga boleh mengganggu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress”... B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress...
kenapa vitamin C
Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissue...
kenapa Alfalfa??
Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
kenapa GLA??
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Menyokong sistem immune... Gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)